center>








  • Nama : Ana

  • Karier : Guru
  • Bintang : Aries
  • Asal : Melaka

  •    

    << November 2009 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    01 02 03 04 05 06 07
    08 09 10 11 12 13 14
    15 16 17 18 19 20 21
    22 23 24 25 26 27 28
    29 30








    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    Sunday, May 10, 2009
    10 Mei

    Ibu, mak, mama, umi, mummy.. macam-macam panggilan nama dari seorang anak kepada insan yang bergelar ibu.. walau apapun namanya ia adalah untuk seorang perempuan yang telah mengandungkan, melahirkan, membesarkan kita... tanpa insan yang bernama IBU kita tidak mungkin dilahirkan di dunia ini...

       Pagi Jumaat 8 Mei aku dalam perjalanan ke sekolah.. macam biasa akan mendengar radio Sinar FM.. tajuk pagi tu mengenai ibu.. macam-macam yang aku dengar mengenai sambutan hari ibu.. bila balik tengah hari tu aku sambung semula dengar Sinar FM.. biasanya akan diulang panggilan telefon yang menarik mengenai topik pagi tu.. aku tertarik dengan seorang pendengar lelaki yang mengatakan dia anak tong sampah.. dia dijumpai di dalam tong sampah dibuang oleh insan yang bergelar ibu.. dan dengan teresak dia menangis dia menyatakan bahawa dia sentiasa mendoakan kesejahteraan ibunya.. persoalannya mengapa harus anak itu dibuang di dalam tong sampah?? sudah hilangkah nilai kemanusiaan di dalam hati dan diri manusia?

       Kadang-kadang bila melihat anak-anak memimpin tangan ibu mereka ingin sekali aku pusing masa lalu.. aku nak terus pimpin tangan mak.. tangan abah.. malu?? tak pernah  ada perasaan malu bila pimpin tangan mak dan abah.. tak ingat ke kita waktu kita kecik masa nak lintas jalan mak dan abah pegang tangan kita kan? napa bila kita dah besar kita dah malu nak pimpin tangan mereka? .. kadang-kadang waktu menunggu untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital aku selalu tengok anak-anak nie dok tengking kat mak abah dia orang? kenapa? sebab mereka menyusahkan ke? tak ingat ke kita masa kita kecik dulu masa sakit , mak abah sanggup kendong kita antar gi hospital taku sakit melarat.. nie bawak guna kereta pun masalah gak ke????

       Sebenarnya bila sampai tarikh 10 Mei aku selalu sedih.. sebab aku tak dapat ucap selamat hari ibu pada mak... dulu masa aku ucap selamat hari ibu mak.. mak cakap hari nie ke baru nak ucap.. aku cakap tak lah .. hari-hari ialah hari mak.. cuma 10 Mei aje jadi hari ibu...Big Smile sekarang kat sapa nak aku ucapkan.. 10 Mei lepas... aku sebenarnya habiskan hari tersebut di pusara mak dan abah sambil memerhatikan beberapa orang menanam nisan angah..

       Ntah apa lah yang aku merapu nie.. tapi apa yang aku tahu kepada semua anak-anak yang dah lama tak balik tgk mak abah mereka kat kampung baliklah jumpa dengan mereka sementara mereka hidup.. kecik hati dengan mereka? apa hak korang nak kecik hati dengan mereka?.. ingat macam mana kecik hati pun mereka tu mak abah korang.. jangan nanti mak abah dah tak ada baru nak balik.. dah tak ada maknanya lagi dah.. balik lah..ingat yang mak abah korang dok besarkan sekolahkan korang.. balik lah anak di perantauan... aku dah kehilangan mereka berdua tapi di hati ini tetap terpahat nama mereka berdua.......... mak abah orang sayang sangat mak abah

     


    Posted at 12:34 am by alhana
    Comments (3)  

    Wednesday, May 06, 2009
    6 Mei

    6 Mei datang lagi.. apa ada dengan 6 Mei? 6 Mei 2003 adalah tarikh abah pergi meninggalkan kami semua.. tenang abah masa tu.. abah hanya nak mak aje yang bersama dia saat-saat akhir sebelum abah menghembuskan nafas yang akhirnya.. kami semua tak ada peluang nak jumpa abah.. kakde lewat 5 minit.. angah lak lewat 10 minit dan aku lak lewat hampir 2 jam.. kak teh langsung tak jumpa abah sebab kak teh sampai abah dah dikebumikan.. sedih memang sedih.. tak dapat digambarkan dengan tulisan atau coretan pena di kertas mahupun kanvas.. tapi itulah kehidupan.. 13 April lepas lak genap setahun mak tinggalkan kami semua.. tiada lagi jari jemari keras dan kasar untuk kami ciumi tiada lagi pipi lembut mak untuk kami tempelkan ciuman kami.. yang ada hanya kenangan dalam memori ingatan dan di dada ini.. untuk waktu ini tiada lagi dapat diluahkan kesedihan ini.. biarlah luahan itu bermain di dalam ingatan sendiri...

       30 April lepas tesis telah selamat dihantar untuk penilaian.. 5 kali disemak dan ditolak dan untuk kali keenam ianya diterima.. lega amat .. hilang bebanan yang tertanggung selama ini.. bermula dengan semakan proposal.. pehh teruknya dikomen.. ubah semula hantar komen lagi ubah lagi tu lah rutinnya.. kalau perjumpaan dengan supervisor ..berdebam debum kena smash.. tahan lah telinga jangan tanggal dah lah tu lah adat belajar kalau tak ditegur macam mana nak pandai... print ubah print lagi semak edit print lagi pehhh habis dah ink aduhai mana nak cari ink pepagi buta nie.. gara-gara mencetak tesis hahhhh pukul 3 pagi baru boleh lelap... amacam.. ada tahan? Ingat lagi masa mula-mula dapat masuk OUM...pehhh mulut-mulut laser merangkap bom nuklear kat sekolah bersimpang siur menyindir.. alahai OUM tu bukan diiktiraf pun .. buat penat aje ko belajar tak diiktiraf.. alah ko belajau pun gaji ko banyak tu gak.. ko belajau nie bukan dapat naik pangkat pun.. alah OUM bukan standard IPT lah.. ijazah boleh beli.. aduhai macam2 lah komen yang menjatuhkan... dah lah kita sorang aje yang dapat masuk OUM masa tu.. tak apa walau apa pun kutukan korang aku kena teruskan perjuangan.. aku dah janji dengan abah.. mak cakap peduli apa orang kata.. kita hidup mesti ada cita-cita..hahhh tu nasihat Penasihat Peribadi tu.. kena dengar.. syurga bawah tapak kaki mak.. akhirnya masuk daftar.. gi sesi pendaftaran taklimat etc.. jumpa kawan baru.. alamak ramai senior nie.. tak apa senior pun senior lah janji boleh cope.. masuk kelas pertama.. pehhhh apa nie pening oooo .. mula menempelkan diri tanya gitu gini pada akak2 nie.. akhirnya jadi kawan baik.. tu lah kawan , sahabat dan kakak.. dalam diam tak diam dah tamat 4 tahun aku belajar.. geng baik Kak Chom, Kak Peah, Kak Ain dan Kak Radziah sama berkongsi masalah sakit pening suka duka.. masuk tahun kedua Zainuddin join the club.. tambah sorang lagi geng.. huru hara bila Din join asyik tekak dia aje.. John, Ray, Vali (Ray dan Vali husband and wife), Saras, Sheila, Yin, Teo, Loke, Zizah, Kak Yati, Kak Siti, Kak Sham, Kak Zu dan ramai lagi sentiasa bersama susah dan senang.. really miss u guys.. kenangan masa kuiz tukar2 paper jawapan akan aku ingat Big Smile banyak kenangan di OUM.. nie bila dah submit tesis rasanya blur kejap.. dah biasa sibuk study kena buat assignment tetiba dok diam rasa kekok lak.. Din dan Kak Ain ajak sambung lagi.. oooo jap lerr break jap kasi bernafas dulu bulan September kita sambung lagi..

            Mana-mana insan yang dok mengutuk aku dulu kabarnya dah mula apply sambung belajar.. aku tak gelakkan pun mereka tapi beri semangat suruh mereka sambung belajar.. ilmu tu bukan untuk ditunjuk-tunjuk tapi untuk dikongsi dan diamalkan... tak salah kita mencari ilmu kan? Malah Rasulullah saw pernah bersabda, tuntutlah ilmu hingga ke liang lahat..

        Penat dah membebel.. Al Fatihah untuk Abah Allahyarham Tuan Haji Abdullah bin Abdul dan mak Allahyarhamah Hajah Ramlah binti Haji Hasan.. sesungguhnya kejayaan orang ini adalah hasil dorongan mak dan abah.. Abah, orang dah tunaikan hasrat Abah supaya orang belajar lagi.. Abah selalu cakap orang keras kepala kan.. apa yg orang cakap mesti orang nak buat sampai jadikan.. nie orang dah buat pun Abah.. terima kasih Abah sebab sayangkan orang dan jadikan orang nie sebenar-benarnya ORANG... mak, terima kasih mak sebab selalu temankan orang study masa exam.. terima kasih mak sebab selalu doakan orang bila nak exam.. terima kasih mak sebab selalu cium dan peluk orang setiap kali orang nak gi kuliah.. terima kasih mak.. selamat hari ibu untuk mak... kasih mak akan orang simpan baik-baik... sampai waktu dan ketika kita pasti berjumpa mak.. SAYANG MAK SAYANG ABAH... sayang semua.. nite...........


    Posted at 11:44 pm by alhana
    Comment (1)  

    Friday, May 01, 2009
    Jumpa Lagi

    Jumpa lagi.. dah lama tak dikemaskan blog nie.. sibuk amat sangat.. lepas kematian Angah Februari lepas banyak tanggungjawab yg dulu Angah pikul jatuh atas bahu nie.. ladang sawit tinggalan Mak dan Abah nak dijenguk, kebun yg ditanam durian pun nak kena jenguk.. tesis nak kena siapkan.. kalut gak.. kadang-kadang rasa tak bernafas kejap.. balik sekolah lepas solat Zuhor kadang-kadang bergegas ke ladang.. tgk buruh Indon dok ambik sawit dan prunning.. bukan tak percaya tetapi kena gak tgk ambik tahu perkembangan.. tapi ramai yang volunteer nak tolong maklumlah kawasan ladang tu bukan padang permainan.. bila masuk ke ladang termenung di tepi paya dekat pokok durian besar tu kadang-kadang terbayang mak abah kat ladang.. mak pasti akan menanam durian kat cerun-cerun nak ke paya dan abah lak kadang-kadang tengah bersihkan kawasan kat anak air tu.. tak boleh duduk lama-lama kat sini sunyi..

               Bila masuk kebun durian, tengok buah durian melayut-layut kat pokok hati terkenangkan Angah.. masa macam nie Angah pasti sibuk mesin rumput kat kebun.. pastu dok bawah pokok durian hisap rokok.. pehhh stylo betul.. Big Smile ..pandang keliling tgk reban ayam yang dah terbiar, pokok dokong yang Alang tanam, durian pokok besar isi kuning tebal membuatkan hati nak turn balik masa lampau.. nak sangat rasa semula hidup dengan Mak, Abah, Angah dan Alang.. Hari Jumaat 1 Mei semua adik beradik balik.. plan asal nak meyelanak kebun durian tapi plan sudah tukar daaa.. gara-gara si kenit baru nie.. sapa lak si kenit baru nie.. Ana dapat cucu yang kedua.. sampai hari nie belum ada nama lagi sebab Naeem (anak sedara) dan Anis dok cari nama lagi.. petang tu kami empat beradik berkunjung hormat ke rumah Along (tu lah satu-satu abang yang masih ada) sebab Along called 'meh lah tengok cucu baru'.. alahai tak sampai hati lak nak hampakan Along.. Sampai aje terus terpa si Kenit nie.. hehehe gaya pandang pertama si Kenit nie rupa Nazmi (anak sedara kedua).. macam mana nak tau? Tau lah sebab Nazmi tu mak yang jaga dari baby.. keluar2 aje mak dah jaga.. kiranya dah kenal sangat dah budak nie.. rambut lebat Kenit nie.. lepas menguli si Kenit nie aktiviti seterusnya ialah majlis makan-makan.. makan apa? Jangan jealous ya..menu utama nasi putih, ayam hutan goreng halia, sambal belacan mangga, kobis masak lemak dan yang paling istimewa... daging pelanduk masak kari.. tapi macam biasalah ALong dalam kempen kurangkan masin segalanya tak masin lerr...

             Tengah syok menyuap tetiba Nazmi balik.. hehehe mangsa dah sampai.. Nami jom gi pasar malam Nami belanja busu... cepat ... bukan jauh pun pasar malam tu kat jalan masuk rumah Along aje...apalagi operasi angkut mengangkut berlaku.. dgn macam-macam air kaler2 lagi.. cucu yang sulung Nasrullah segala macam air nak diminumnya alahai aje kembung lak budak nie kang... siap makan dan solat Maghrib kami beramai-ramai balik rumah mak.. nak kutip semula nostalgia malam nie... oh ya malam nie ada OIAM.. tak penah tengok pun tapi dah final nak tgk lah gak...tak pasal-pasal habis kredit sebab nak vote Tomok.. kata abang ipar yang korang dok undi budak nie pasal apa bukan dia kenal kita pun... memang tak kenal tapi sebutan budak nie jelas banding yang dua tu...

            Dah penat dah masa untuk ZZZZZZZ .. esok nak masuk kebun.. stamina kena ok... nite semua... mimpikan yang indah-indah.. Malam semua...


    Posted at 11:15 pm by alhana
    Comment (1)  

    Sunday, March 29, 2009
    Bumi Kita


    Posted at 02:26 am by alhana
    Make a comment  

    Saturday, February 14, 2009
    Surat Untuk Mak Abah

    Mak dan Abah,

    Orang tulis surat kali ini nak beritahu Mak dan Abah yang Angah dah tinggalkan kami semua..Angah dah ikut Mak dan Abah.. Angah meninggalkan kami semua pada 3 Februari lepas... Orang tak dapat jumpa Angah masa tu.. Orang ingat petang Selasa tu orang nak gi tengok Angah.. tapi orang dah dua hari demam.. balik sekolah orang gi klinik.. doctor cakap orang dah demam.. badan orang dah tumbuh bintik-bintik merah.. doctor beri suntikan satu.. orang balik orang ingat nak baring jap pas Asar orang nak gi hospital tengok Angah.. orang ghindu kat Angah.. Sabtu 31 Januari tu orang gi tengok Angah.. Angah sibuk nak balik ikut orang.. Angah cakap jangan tinggalkan dia kat wad lagi... orang dah janji nak bawak Angah balik.. suara Angah dah tak dengar sangat... Ahad orang gi lagi.. kali nie Angah menangis tengok orang.. lagi lah orang sedih... orang buat-buat senyum sebab orang tak nak Angah tengok orang menangis.. nanti kalau Angah sedih Angah lambat sihat.. 21 Januari masa Angah kat Hospital Jasin orang peluk Angah kuat-kuat takut hilang Angah.. Angah pesan suruh tengok-tengokkan Abang, Adik dan Kak Long.. orang cakap jangan risau orang janji kat dia Mak...

       Abah, orang doa siang malam suruh Angah sihat semula.. orang tak sanggup nak rasa kehilangan lagi seorang.. Mak pergi dulu tinggalkan kami semua belum hilang lagi sedihnya... Mak .. sakit Angah makin teruk.. Angah kritikal Mak... doctor tak dapat trace sakit Angah...

       Mak... Angah cakap tadi yang ada dua orang dah tunggu dia kat rumah.. Angah cakap kat nurse tadi... Angah cakap dia tak sabar nak balik.. Mak dan Abah dah datang nak jemput Angah ke?...

       Mak... tadi hospital called orang .. dia cakap emergency Mak... Abah orang tau kalau doctor dah cakap macam tu maknanya Angah dah tak ada kan?? Masa Mak dulu Akak dan Angah cakap tak sempat banyak kali kat orang.. nie doctor lak cakap emergency... napa Mak? Napa Abah?....

       Mak.. tadi masa Imam mandikan Angah semua ada Mak Abah.. Kesian kat Along.. sekarang dia sorang aje.. Angah macam orang tidur aje Mak... kami kucup Angah untuk kali terakhir... Along orang yang terakhir kucup Angah.. lama Along kucup Angah...

       Abah tau tak dak kembar Abang dan Adik tak faham lagi napa Angah tak bangun-bangun.. orang cakap Abang Adik Abah dah tak ada tau.. Abah dah ikut Nenek dan Atok.. baru mereka faham.. orang yang hilang Abah masa dah besau rasa sedih ya amat nie kan pula mereka yang baru nak kenal dunia.. Ya ALlah Mak Abah pilu rasa hati orang tengok mereka bertiga tu...

       Tadi masa nak uruskan jenazah semuanya pantas amat Abah.. Alhamdulillah segala urusan lancar.. rezeki Angah..

       Mak Abah, orang tulis lagi ya nanti.. orang nak gi solat dulu... pastu nak check homework dak kembar dan kak long.. semalam kak long demam rindukan Abah dia.. dak abang adik hari tu bergilir-gilir demam.. orang pun tak sihat amat nie... kena selsema.. orang tulis lagi ya lain kali.. Mak Abah... orang sayang kat Mak Abah.. orang rindu sangat-sangat... peluk cium dari orang untuk Mak Abah Abang Alang dan Angah...


    Posted at 10:17 pm by alhana
    Make a comment  

    Thursday, February 12, 2009
    Satu Lagi Kehilangan

    Kesedihan yang lepas masih lagi menyelubungi keluarga kami setelah pemergian ibunda tercinta mengadap Illahi kini kami diselubungi dengan satu lagi kesedihan. Kali ini kekanda tercinta Mohammad Noor bin Hj. Abdullah (Angah) pada 3 Februari 2009 pada pukul 9.40 malam di wad CCU Hospital Melaka. Angah pergi menurut Abang (Mohamad bin Hj. Abdullah), Abah (Hj. Abdullah bin Abdol), Alang (Lokman bin Hj. Abdullah), Emak (Hajah Ramlah binti Hj. Hasan). Kalau dulu pemergian Abah umpama kehilangan sebelah bahu, Emak pula sebelah lagi bahu dan kini Angah serasa hilang sebelah kaki.

       Angah.. kadang kala tak faham dengan tingkah lakunya.. ada waktu tegas ya amat sangat.. ada waktunya penyayang yang tak terkira dan ada waktunya pendiam tidak terperi.. Susah untuk memahami karektor seorang yang bernama Angah ini.. tapi itulah Angah.. abang yang penyayang.. sama kongsi suka duka kami 4 adik perempuannya.. ada waktunya kami menangis bersama mengingatkan Emak dan Abah.. ada waktunya kami tertawa bersama bila mengenangkan kenangan manis Emak dan Abah..

       Angah lah yang sentiasa bersama-sama.. dialah yang akan menghantar dan menjemput dari sekolah di waktu kali pertama membeli kereta sebab takut untuk memandu.. dia lah yang menemani di hospital untuk mendapatkan rawatan.. dialah yang akan membawa ke klinik sewaktu demam panas yang agak teruk.. itulah Angah.. banyak kisah suka duka kehidupan dengan Angah..

       Angah pergi meninggalkan tiga orang cahayamata.. itulah penyambung zuriat Angah.. Insya Allah Angah amanah yang Angah tinggalkan akan Adik sempurnakan sebaik mungkin walaupun tanggungjawab itu berat namun Insya Allah Adik tak akan persia-siakan amanah yang Angah tinggalkan... pergilah Angah bersama Emak dan Abah.. temanilah Emak dan Abah... Angah jangan lupakan Alang dan Abang ya.. sampai waktu dan ketikanya pasti kita akan bersama... jagalah Mak dan Abah untuk kami ya Angah... kami pasti akan merindui Abah, Mak, Abang, Angah dan Alang.. rindu yang tak akan padam walaupun sedetik waktu... rindu yang berpanjangan... kami doakan Abah, Mak, Abang, Angah dan Alang berada di dalam rahmat Allah dan ditempatkan di dalam golongan para syuhada...Angah.. Adik sayang Angah..Adik sayang Angah sangat-sangat...... amat sangat.... 

    AL-FATIHAH untuk kalian insan yang tersayang.. hanya doa dari kami mengiringi kalian di sana...


    Posted at 09:54 pm by alhana
    Comments (4)  

    Next Page